Monday, December 15, 2008

bahan untuk mengajar pemulihan khas

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan semenjak tahun 60an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas 3M.
Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun Satu adalah amat penting untuk mengatasi `Academic Deficit’ di kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah.
Sistem `Automatic Promotion’ menyumbang kepada `Deficit Accumulation’ di kalangan murid-murid.

1.1 Konsep
Program Pemulihan Khas ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

1.2 Matlamat
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

1.3 Objektif
1.3.1 Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira.

1.3.2 Membantu murid-murid berubah daripada sikap negatif kepada sikap positif serta memupuk dan mengembangkan keyakinan diri terhadap pembelajaran.













1.4 Punca dan Bidang Kuasa
Surat Siaran Kementerian Pelajaran .
(yang masih digunapakai)

1: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth. 22.Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)

2: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28.Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

3: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bth.17.Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)

4: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (34) bth.30.Jun.1989. (Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)



2. PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

2.1 Perjawatan Guru Pemulihan
2.1.1 Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti dalam kelayakan peruntukan guru.

2.1.2 Guru yang dilantik sebagai GPKhas mestilah terdiri daripada guru yang terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai opsyen Pemulihan Khas

2.1.3 Pelantikan secara rasmi GPKhas hendaklah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan daripada guru besar sekolah berkenaan.

2.1.4 Sebarang urusan pertukaran GPKhas mestilah mendapat persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

2.1.5 Sekiranya tiada guru seperti perkara 2.1.2, maka guru besar perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai GPKhas.

2.1.6 GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru ’pool’ dilarang sama sekali dilantik sebagai GPKhas.



2.1.7 GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat-surat Siaran KPM. Oleh itu amalan melantik GPKhas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.1.8 Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya agar GPKhas tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas.

2.1.9 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPKhas, (seperti melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji) Guru besar perlu melantik seorang guru terlatih dan mengikut prosedur para 2.1.3.

2.1.10 Penutupan Kelas Pemulihan Khas atau pemberhentian Program Pemulihan Khas perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri.



2.2 Pemilihan Murid Pemulihan Khas

2.2.1 Pencalonan Murid
i) Program Pemulihan Khas bermula pada Tahun 2.
ii) Di akhir Tahun 1, murid-murid yang gagal Ujian
Pelepasan KIA2M layak masuk ke Program Pemulihan Khas pada Tahun 2.
iii) Pencalonan baru murid Tahun 3 akan disaring dengan IPP2M dan IMA.
iv) Pencalonan murid juga boleh dibuat oleh:
· guru mata pelajaran BM/Mat
· guru kelas
· guru besar
· ibu bapa
















2.3 Pengurusan Kelas

2.3.1 Cara Melaksanakan Kelas Pemulihan
Disyorkan 2 alternatif seperti berikut :
i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

ii. Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Pemulihan Khas dengan guru besar dan guru-guru asas.

iv. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan dilakukan berdasarkan kesesuaian sekolah.


2.3.2 Jadual Kedatangan Murid
Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap hari.

2.3.3 Fizikal Kelas
i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan 3 bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas.

ii. Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay hendaklah disediakan oleh pihak sekolah. Susunatur kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran.

iii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan keluasan 2 bay.




2.3.4 Peralatan dan perabot asas
Peralatan dan perabot asas perlu disediakan secukupnya bersesuaian dengan keperluan guru dan murid.

2.4 Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan

2.4.1 Dasar Sedia Ada:

Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“
(Siaran Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11 Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.

3. PENGURUSAN PENTADBIRAN UJIAN

3.1 Ujian Saringan

3.1.1 Fungsi:
Ujian Saringan bertujuan untuk mengukur secara menyeluruh kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh seseorang murid.

3.1.2 Bahan:

3.1.2.1 Bahasa Melayu
Ujian Pelepasan II (KIA2M) yang dilaksanakan di akhir Tahun 1 dianggap sebagai Ujian Saringan memasuki Program Pemulihan Khas di Tahun 2.

Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) pula akan dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 3 hingga 6 sebagai Ujian Saringan.

3.1.2.2 Matematik
Dalam Program Pemulihan Khas, Ujian Saringan untuk pengambilan murid-murid ke program tersebut menggunakan Indicator for Mastery in Arithmatic (IMA).

3.1.3 Skor:

PENCALONAN MURID BERASASKAN SKOR IPP2M:

Cadangan Untuk
Penempatan

Cadangan Ke
Pendidikan Khas

Program
Pemulihan Khas
Pemulihan KBSR
(dalam bilik darjah)
SKOR

0 – 10


11 – 30

31 – 44



3.2 Ujian Diagnostik

3.2.1 Fungsi:
Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPKhas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus di samping memudahkan pembentukan kumpulan pembelajaran.

3.2.2 Bahan:
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, GPKhas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan JPK, KPM.

3.3 Ujian Pencapaian

3.3.1 Ujian Pencapaian Kemahiran (formatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk memastikan penguasaan murid selepas sesuatu kemahiran diajar.

3.3.2 Ujian Pencapaian Penguasaan Bahasa Melayu (sumatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi. Ujian yang digunakan ialah IPP2M.
Skor 45 dan ke atas diiktiraf sudah menguasai kemahiran 2M.

3.3.3 Ujian Pencapaian Penguasaan Matematik (sumatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti program lagi.

3.3.4 Dalam Program Pemulihan Khas, IPP2M dan IMA digunakan juga sebagai ujian pre test dan post test.


4. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Jadual Waktu

4.1.1 Agihan Waktu Mengajar

Tahun
Mata Pelajaran
Jumlah Minit Mengajar

2 & 3

Bahasa Melayu
690 minit
Matematik
210 minit
Panduan Dan Persediaan
120 minit
JUMLAH SEMINGGU
1020 MINIT
4.1.2 Agihan minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik boleh dianjalkan (flexible) mengikut keperluan sekolah.

4.1.3 Waktu Panduan dan Persediaan (120 minit) hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya di Buku Rekod Mengajar.


4.2 Senarai tugas guru pemulihan khas

4.2.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.

4.2.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

i. Mengenalpasti murid-murid lemah yang
memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di
kelas biasa atau kelas khas.
ii. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-
bahan pemulihan.
iii. Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan.

4.2.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.

4.2.4 Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

i. Kemajuan murid.
ii. Latar belakang murid.
iii. Laporan kesihatan murid.
iv. Hasil temubual dan rujukan.

4.2.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:

i. Borang Pencalonan.
ii. Profil Murid Pemulihan.
iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Lembaran Kerja
v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vii. Catatan lain yang berkaitan dengan murid.

4.2.6 Membentuk Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

4.2.7 Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.

4.2.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid pemulihan khas di sekolah.


4.3 Peranan Guru Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas memainkan peranan penting sebagai:

4.3.1 Penilai ( An Assessment Role )

4.3.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk
mengenal pasti murid-murid yang memerlukan
pemulihan khas.

4.3.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti
masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi
oleh murid-murid.

4.3.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan
merekodkannya dengan rapi dan tersusun.


4.3.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

4.3.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

4.3.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

4.3.3 Pengajar (A Teaching Therapentik)

4.3.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat
dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.

4.3.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata
pelajaran sebagai “team teaching” / “guru
pendamping” sekiranya perlu.

4.3.4 Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

4.3.4.1 Membantu guru-guru merancang dan
penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran.

4.3.4.2 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan
kaedah mengajar murid-murid yang
menghadapi masalah 3M.

4.3.5 Perhubungan ( A Liaison Role )

4.3.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid
untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang
murid.

4.3.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa
bagaimana mereka membantu demi kepentingan
pembelajaran anak-anak mereka.

4.4 Peranan Guru Besar

4.4.1 Bertanggungjawab memastikan Guru Pemulihan Khas yang dicalonkan mempunyai ciri-ciri seperti para 2.1.

4.4.2 Memastikan Program Pemulihan Khas berjalan mengikut Surat Pekeliling yang sedia ada dan yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa.

4.4.3 Menjadikan keberkesanan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).

4.4.4 Memastikan semua guru memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas.

4.4.5 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran pada pertengahan dan akhir tahun serta dimaklumkan kepada semua guru.

4.4.6 Bertanggungjawab mewujudkan Jawatankuasa Permuafakatan Ibu Bapa.

4.4.7 Memberi penekanan agar pengajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan.

4.4.8 Memastikan Jawatankuasa Kurikulum sekolah merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan Khas.

4.4.9 Memastikan data dan kemukakan ke PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan.

4.4.10 Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada di Kelas Pemulihan Khas.



4.5 Peranan PPD

4.5.1 PPD perlu memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Daerah berfungsi sepenuhnya.

4.5.2 Memastikan guru-guru pemulihan khas di dalam daerah melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.

4.5.3 Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).

4.5.4 Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas.

4.5.5 Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah.

4.5.6 Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing.




























LAMPIRAN 1



CARTA ALIR PROGRAM PEMULIHAN KHAS



5. LAMPIRAN







K
E
L
A
S

B
I
A
S
A
Skor
Kelas Biasa
Skor : 31 – 65

Skor 0 - 10
(Cadangan Ke
Pendidikan Khas)

Ujian Pencapaian I
(IPP2M)
Pengajaran dan Pembelajaran
Ujian Diagnostik & Analisis
Skor 11 - 30
Kelas Pemulihan Khas
Skor 44 ke bawah
Pengajaran dan Pembelajaran




Ujian Pencapaian II
(IPP2M)
Skor 44 ke bawah
Ke Kelas Pemulihan Khas
Tahun Berikutnya

Skor : 45 - 65
Skor : 45 - 65
Pencalonan & Pengumpulan Maklumat
Ujian Saringan





































LAMPIRAN 2







PELAN SUSUN ATUR PERALATAN
BILIK PEMULIHAN KHAS













LAMPIRAN 3
BORANG PENCALONAN
KEMASUKAN KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SESI (2007)

1. Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN PERANTAU DAMAI
2. Nama Murid : ...........................................................................
3. Kelas : ...........................................................................
4. Umur : ...........................................................................
5. Jantina : ...........................................................................
6. Jumlah Kedatangan : ...........................................................................

7. Sebab-sebab dicalonkan ke Program Pemulihan Khas.
(Tandakan P pada kotak yang sesuai)

7.1
BAHASA MELAYU
(Tahun 2)Gagal KIA2M


Markah pelepasan II
(Nyatakan skornya)



(Tahun 3 -6)
Peperiksaan Akhir Tahun


Skor
D


E


7.2
MATEMATIK (Tahun 2- 6)
(Peperiksaan Akhir Tahun)


Skor
D


E


7.3
Masalah kesihatan

Nyatakan:............................



..............................................................................................................


..............................................................................................................

7.4
Cadangan guru mata pelajaran



7.5
Permintaan ibu bapa



7.6
Cadangan Guru Besar



7.7
Lain-lain

Nyatakan:.............................


...........................................
Tanda Tangan Guru Kelas: Tarikh : ..............................





LAMPIRAN 4
PROFIL MURID PEMULIHAN KHAS

A. Latar Belakang Umum
1. Nama:..............................................................................
2. Umur:.......... Tahun...........Bulan. Tarikh Lahir:...............
3. Tempat Dilahirkan:...........................................................
4. Jantina:............................................................................
5. Agama:............................................................................
6. Tarikh Masuk Sekolah:...................................................
7. Alamat Rumah:................................................................
8. Bandar/Luar Bandar:................Jauh Dari Sekolah:..........
9. Cara Ke Sekolah:..............................................................
10. Pekerjaan Bapa/Penjaga:................................................
11. Latar Belakang Pendidikan:.............................................
(Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti)

12. Tinggal Dengan Siapa:.....................................................
13. Bahasa Ibunda:...............................................................
14. Bahasa Yang Digunakan Di Rumah:..................................
15. Bilangan Kanak-Kanak Di Rumah:.....................................
16. Lelaki:.......................Perempuan:................................
17. Bilangan Penghuni Dalam Rumah:....................................
18. Kedudukan Dalam Keluarga:............................................
(Sulung, Tunggal, Bongsu dan sebagainya)

19. Bilangan Anak Ke Sekolah Dalam Keluarga:.....................
20. Bantuan Belajar Di Rumah:...............................................
21. Pengalaman Prasekolah:................................................
22. Sejarah Kelahiran:..........................................................
.........................................................................................
(Pramatang, overdew, demam panas, songsang,
kecederaan, lemas, penyakit kronik, dll )




B. Makanan Di Rumah
Sarapan : Ada/Tiada
Makan Tengahari : Ada/Tiada
Makan Malam : Ada/Tiada

C. Penggunaan Masa Lapang Serta Pendidikan Umum Di Rumah
Permainan: 1) Luar Rumah: ................................
........................................................ ........................................................
........................................................
........................................................
Dalam Rumah: ...............................
........................................................ ........................................................
........................................................
........................................................
TV : Ada/Tiada Video : Ada/Tiada
Radio : Ada/Tiada Perakam : Ada/Tiada
Komputer : Ada/Tiada Astro : Ada/Tiada
Surat Khabar : Ada/Tiada Bahasa:..........................
Majalah : Ada/Tiada Bahasa:..........................
Buku-Buku : Ada/Tiada Bahasa:..........................

D. Rumah/Perabot
Kuasa Elektrik : Ada/Tiada
Bekalan Air : Paip/Telaga/Taliair/Sungai/Lombong
Kerusi : Ada/Tiada
Meja : Ada/Tiada
Jumlah Bilik :...............................................................
Jenis Rumah :...............................................................

Tandatangan Guru Pemulihan Khas:............................
(Potong mana yang tidak berkenaan)


Borang Skor USBM(K)

SKOR UJIAN SARINGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH (KELAS)
( MENGGUNAKAN IPP2M )


Nama Sekolah :................................................. Kelas :..................................

Bil
Nama Murid
(Susun ikut rangking markah
tertinggi di atas)
Jantina
Kaum

Skor (Tanda √ )

L
P
M
C
I
L
0 - 10
11 - 30
31 - 65

















































































































































Disediakan oleh: Disahkan oleh:

............................................. ...............................
(Guru Pemulihan Khas) (Guru Besar)









Borang Skor USBM(SR)
SKOR UJIAN SARINGAN BAHASA MELAYU
PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH RENDAH
( MENGGUNAKAN IPP2M )

Kod Sekolah :...................... Daerah :..................................

Nama Sekolah :................................................................. No. Tel.:..................................

Bil
Nama Murid
(Susun ikut rangking markah
tertinggi di atas)
Thn.
Jantina
Kaum

Skor (Tanda √ )

L
P
M
C
I
L
0 - 10
11 - 30
31 - 65





















































































































































































Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

........................................... ........................................
Nama:

Guru Pemulihan Khas Guru Besar
Cop Jawatan:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA:
SKOR 0 – 10 .. .. .. DICADANGKAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
SKOR 11 – 30 .. .. .. MASUK KE PROGRAM PEMULIHAN KHAS
SKOR 31 – 65 .. .. .. KELAS BIASA






JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS
PERINGKAT SEKOLAH



PENGERUSI : GURU BESAR

NAIB PENGERUSI : GURU PENOLONG KANAN 1, ATAU
GPK HEM, ATAU
GPK KOKURIKULUM

SETIAUSAHA : GURU PEMULIHAN KHAS

AJK : 1. GURU BM TAHAP 1
2. GURU MATEMATIK TAHAP 1
3. KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
4. KETUA PANITIA MATEMATIK




JAWATAN KUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS
PERINGKAT DAERAH

PENGERUSI : PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

NAIB PENGERUSI : PENOLONG PPD RENDAH

SETIAUSAHA : PENYELIA PENDIDIKAN KHAS DAERAH

AJK : PENGERUSI PROGRAM PEMULIHAN KHAS
MENGIKUT ZON

JURULATIH UTAMA PROGRAM PEMULIHAN KHAS

(Boleh Disesuaikan Mengikut Keperluan Daerah)




STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bil
Matlamat
Aktiviti
Tindakan/Rekod

Catatan


1.

Mengasingkan Murid Pendidikan Khas Daripada Program Pemulihan Khas

1.1 Menjalankan Ujian Saringan menggunakan UJIAN PELEPASAN II, KIA2M dan IPP2M


1.2 Mencadangkan ibubapa jumpa pengamal perubatan

Skor 0 – 10

i) Dicadangkan memasuki
Program Pendidikan
Khas.

ii) Jika di sekolah tersebut
tiada Program Pendidikan
Khas, mereka boleh
mengikuti Program
Pemulihan Khas.

iii) Walau bagaimanapun,
jika seseorang murid itu
telah disahkan sebagai
murid Pendidikan Khas
tetapi ibu bapa tidak
bersetuju, mereka boleh
di tempatkan di Program
Pemulihan Khas.

(Ketiga-tiga keadaan di atas, bilangan murid-murid ini tidak termasuk dalam data / bilangan murid Pemulihan Khas)

Skor 11 – 30
i) Masuk ke Program
Pemulihan Khas.

Skor 31 – 65
i) Balik ke kelas biasa.


2.

Sistem Kuota


2.1 Mengambil hanya
30 orang murid
daripada
Tahun 2 & 3 yang
mendapat skor
11 – 30 sahaja.








Merekod dan menyenaraikan nama 30 orang murid sahaja.


3.

Sistem Ranking

3.1 Menyusun ikut
ranking:
30 orang sahaja
Bilangan 31 ke atas (jika ada)


Merekod dan menyusun:
· Nama 30 orang yang mendapat skor 11 – 30 iaitu daripada tertinggi (30 markah) kepada terendah (11 markah)
· Nama ke 31 dan selebihnya (jika ada)

Hanya bilangan 30 orang sahaja atau kurang dihantar ke JPN.
Selebihnya hanya daftar/rekod dalaman sahaja.


4.


Mengenalpasti “grey area” murid pemulihan khas.


4.1 Menjalankan dan
Menganalisis
Ujian Diagnostik.

Merekod ”grey area” bagi 30 orang murid atau kurang.






5.

Memulihkan Murid-murid Pemulihan Khas.

5.1 Merancang dan
menjalankan
P&P.

P&P dijalankan mengikut kumpulan/individu berdasarkan kelemahan murid.


6.

Mengiktiraf Murid Telah Pulih.

6.1 Menjalankan
Ujian
Pencapaian I.

6.2 Membaca Bahan
Bacaan Bergred
(BBB) sehingga
ke Gred 4.

6.3 Menjalankan
Ujian
Pencapaian II.

6.4 Membaca BBB
sehingga ke
Gred 4.



Merekod skor: 45 ke atas
Skor: kurang daripada 45.


Merekod kebolehan membaca Gred 1/2/3/4.



Merekod skor: 45 ke atas
Skor: kurang dpd 45.


Merekod kebolehan membaca Gred 1/2/3/4.


Lulus: 45 markah ke atas (Kelas Biasa)

Lulus: BBB Gred 4 ke atas.


7.


Data

7.1 Menjalankan
kutipan data
murid Pemulihan
Khas
berdasarkan
pencapaian
individu.


Merekod:
Bilangan Telah Pulih (dpd 30 org) .............
Bilangan Boleh Membaca Ikut Gred
Gred 1 .................. org
Gred 2 .................. org
Gred 3 .................. org


Bahan Bacaan Bergred

Gred 1
Abjad – kecil
- besar
Vokal
Konsonan

Gred 2
Perkataan s/kata terbuka
- kv
- kvkv
- kvkvkv
- kvkkv
- vkv

Gred 3
Perkataan s/kata
Tertutup
- kvk
- kvkvk
- kvkkvk
- kvkkvk

Gred 4
Konsonan berganding – ng (di hujung shj)


abs

No comments:

Post a Comment